Thursday, 10 November 2011

NAMA            :  Fatin Munira
KELAS          :   307

KARANGAN DESKRIPTIF

TAJUK           : Kamu, rakan sekolah dan beberapa guru telah pergi ke Pulau Ubin untuk meneroka kehidupan masyarakat di sana. Gambarkan pengalaman kamu itu dan peristiwa menarik yang berlaku semasa lawatan tersebut.
                              
Panas terik pada hari itu amat memenatkan. Walau bagaimanpun, itu tidak sedikit pun menjejas aktiviti-aktiviti yang telah diracang oleh guru-guru kami. Manik-manik putih mengalir diseluruh tubuhku tetapi aku tetap berasa amat ghairah untuk melakukan akitiviti-aktiviti yang seterusnya.

Sebelum melakukan aktiviti yang kedua, kami diberi nasi ayam untuk makan tengahari. Aku dan rakan-rakanku menjemu selera di bawah pokok yang tidak jauh dengan sebuah hutan. Hutan itu kelihatan amat menyeramkan dan guru juga telah memberi amaran bahawa kami tidak dibenarkan untuk ke hutan bersendirian tanpa guru ataupun fasilitator yang terdapat di sana.

Rakan sekumpulanku Nisa, mengatakan bahawa dia ingin pergi melihat keadaan yang terdapat di dalam hutan tersebut. Sudah penat kami menasihatinya bahawa ia amat berbahaya tanpa pengetahuan guru. Akhirnya, kami pergi juga memasuki hutan tersebut dan menjelajahi dengan penuh kejakunan.

Tiba-tiba, kami ternampak seekor anak babi hutan yang sedang merayap-rayap di daerah sebuah pokok. Kami menghampiri anak babi itu lalu berasa amat ghairah dah seronok. Aku dan Nisa mengambil gambar nya dan kami mengejar-ngejarnya. Anak babi itu amat comel.

Kami menoleh ke arah depan dan ternampak seekor babi hutan yang amat besar. Kemungkinan, itu ialah ibu babi hutan tersebut. Jantungku terhenti seketika. Aku mula panik dan manik-manik putih mula mengalir di seluruh tubuhku. Kedengaran suara terpekik-terlolong meminta bantuan. Kami berlari lintang pukang sementara babi hutan itu mula menghampiri kami.

Kami ternampak guru kami yang berada di daerah hutan tersebut sambil memanggil nama-nama kami. Aku memekik dengan sekuat-kuat hati untuk menandakan bahawa kami berada di dalam hutan ini. Aku melari dengan pantas dan ternampak cikgu Rina. Dengan pantas, aku memeluknya dan mula menangis. Aku berasa amat takut sekali. Mukaku pucat lesi seperti mayat dan aku meggeletar. Nisa juga menangis dan dipujuk oleh cikgu Aminah.

Kejadian itu menyedarkanku bahawa aku harus mendengar arahan yang diberi dan jangan sesekali pergi ke tempat yang kami tidak  kenali kerana apa sahaja boleh berlaku dan ia amat berbahaya jika tiada sesiapa ayang bole membantu kami jika kami ditimpa kemalangan .
NAMA                        : Farahdee
KELAS          : 308

KARANGAN DESKRIPTIF

TAJUK           : Kamu, rakan sekolah dan beberapa guru telah pergi ke Pulau Ubin untuk meneroka kehidupan masyarakat di sana. Gambarkan pengalaman kamu itu dan peristiwa menarik yang berlaku semasa lawatan tersebut.


            Aku dan seluruh menengah tiga ekspres berkumpul di sekolah pada jam 7 pagi. Guru-guru kami mengambil kedatangan setiap pelajar. Aku dibahagikan kepada kumpulan aku lalu menaiki bas untuk ke Changi Jeti. Setibanya di situ, kami berpasangan lalu menaiki bot untuk ke Pulau Ubin.

            Tiba di situ, kami dihantar ke Kampung Riang Ria. Kami melakukan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang setelah diberi arahan guru. Aku dan rakan sekumpulan ke sebuah kampung di situ untuk melihat budaya kehidupan mereka di situ. Setelah melakukan aktiviti pertama, kami meneruskan dengan aktiviti yang kedua. Kami dikenali dengan pelbagai jenis daun. Kami semua dapat cuba membuat kuih dadar. 
           
            Aku memerhatikan rakan-rakan aku membuat kuih dadar itu sambil menunggu untuk giliran aku. Aku berasa malu untuk membuat kuih dadar kerana aku tahu bahawa rakan-rakan aku akan memerhatikan aku. Aku tahu bahawa aku akan memalukan diri aku kerana aku tidak tahu memasak. Jantungku berdegap-degup dan manik-manik putih mula membasihi seluruh dahiku. Aku ditarik untuk membuat kuih itu. Aku berasa sangat takut. Cik Su membantuku tanpa memutus asa tetapi kuih dadar dibuat aku kelihatan lain daripada rakan-rakan aku kerana kuih yang dibuat aku hangus. Rakan-rakanku mengertawakanku dan aku berasa amat malu sekali.

            Satu daripada ahli kumpulan aku, Ali, merasa kuih aku. Kumpulan ku terdiam, mereka mahu melihat reaksinya.  Ali menikmati kuih dadar yang hangus itu. Kawannya, Aiman tidak percaya bahawa kuih ku yang hangus itu sedap lalu mencuba. Mereka tidak sangka bahawa sesuatu yang kelihatan cacat di luar rasa sedap di dalamnya.
           
            Cik Su berkata kepada kami bahawa kami tidak seharusnya pandang sesuatu berdasarkan luarannya. Walaupun luarannya kelihatan tidak sempurna,  yang penting kami harus mengenali dalamannya.

Karangan Deskriptif

NAMA       : Nur Syazirah
KELAS      : 308

KARANGAN DESKRIPTIF

TAJUK     : Kamu, rakan sekolah dan beberapa guru telah pergi ke Pulau
                   Ubin untuk meneroka kehidupan masyarakat di sana. Gambarkan
                   pengalaman kamu itu dan peristiwa menarik yang berlaku semasa
                   lawatan tersebut.


                   Pada pagi 8 hari bulan 11 saya serta murid-murid melayu menengah tiga ekspres akan ke Pulau Ubin. Sebelum ke sana kami harus menyiapkan sedikit barang keperluan seperti topi, wang dan botol air. Kami semua harus berkumpul di sekolah pada pukul 7 pagi supaya guru-guru dapat mengambil kedatangan kami sebelum ke sana. Setelah mengambil kedatangan, kami semua menaikki bas ke Changi Jetty Terminal untuk naik ‘bumboat’ untuk ke Pulau ubin. Perjalanan ke sana mengambil sekurang-kurangnya 15 minit. Ada daripada kawan-kawan saya yang berasa mabuk kerana tidak biasa menaikki bot. Ada pula yang berasa ghairah dan gembira.

                  Tiba di sahaja di Pulau Ubin kami harus menunggu van yang akan menghantar kami ke Kampung Riang Ria, di mana kami akan membuat semua aktiviti-aktiviti kami. Kami tiba di Kampung Riang Ria setengah jam kemudian. Kami semua disuruh untuk berkumpul di rumah Tuan Rumah dan diberikan arahan yang tertentu sebelum memulakan aktiviti kami. Selepas itu kami semua dibahagikan pada tiga kumpulan dan semuanya memulakan dengan aktiviti yang berlainan.

                 Kami semua harus melakukan tiga aktiviti dan aktiviti yang pertama yang dilakukan kumpulan saya adalah, kami pergi ke sebuah rumah kampung untuk melihat dan mempelajari budaya kehidupan disana. Kehidupan dan budaya disana amat berlainan dari kehidupan kami yang moden di Singapura. Contohnya, apabila mereka hendak mandi, mereka harus menceduk air daripada perigi. Kami juga pelajari bermain permainan tradisional seperti gasing, congkak, tarik upih dan tapak kuda.

                Aktiviti kedua pula, kami dapat merasa makanan-makanan tradisional seperti pisang goreng, jemput-jemput pisang dan kuih dadar. Kami semua telah diajar oleh Kak Su untuk membuat Kuih Dadar. Kuih ini amat senang untuk dibuat dan ia rasa amat sedap.

               Aktiviti terakhir sekali adalah lukisan batik. Kami semua telah diajar oleh Cik Juraimi sebelum memulakannya. Kami berlatih menggunakan lilin yang telah dicairkan dan menulis menggunakan canting. Setelah berlatih menggunakan kertas, kami melukis di kain dan mewarnakan kain tersebut menggunakan dakwat yang berwarna-warni. Bermacam-macam corak dan bentuk yang telah dilukis.

              Dalam kesemua aktiviti saya rasa saya paling gemari dengan aktiviti yang kedua, yang itu kami dapat merasa makanan-makanan tradisional dan cuba membuat kuih dadar. Ia adalah kali pertama saya membuat kuih dadar dan ia tidak kelihatan seperti apa yang dijangka kerana ia kelihatan hangus. Tetapi apabila dirasa oleh Kak Su, dia katakan bahawa walaupun kuih dadar saya kelihatan tidak cantik tetapi ia rasa amat sedap.

              Lawatan ke Pulau Ubin telah mengajar saya lebih banyak tentang budaya melayu walaupun ia amat memenatkan. Saya pelajari bahawa mengetahui lebih tentang budaya melayu amat penting, supaya kami dapat mengekalkan tradisi budaya ibunda kami. Kami juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami lebih dalam tentang kehidupan di kampung dan permainan yang dimainkan oleh mereka. Lawatan ke sana amat berbaloi sekali dan ia membuat saya berasa untuk pergi ke sana sekali lagi.

Tuesday, 8 November 2011

Pengunjungan ke Pulau Ubin

Pada 8 hari bulan 11, kami Pelajar Melayu Menengah Tiga Ekspres akan mengunjungi Pulau Ubin. Keperluan seperti botol air, sneks, payung, topi dan wang harus dibawa. Kami harus berkumpul di sekolah pada pukul tujuh pagi kerana guru-guru harus mengambil kedatangan murid-murid. Setelah mengambil kedatangan, murid-murid dibahagikan kepada kumpulan masing-masing lalu menaiki bas untuk ke Changi Jetty Terminal.

Tiba di Jetty Terminal, kami diberi sneks untuk mengalas perut sebelum makan tengahari. Kami pun menaiki bot dengan penuh ghairah. Setiap bot mengandungi sebelas murid dan seorang guru. Perjalanan ke sana mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit.


Setibanya di Pulau Ubin, kami menunggu ketibaan van yang akan menghantar kami ke Kampung Riang Ria di mana kami akan melakukan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan. Tiba di sana kami berkumpul dan guru kami memberikan arahan tertentu sebelum kami memulakan aktiviti kami.




Aktiviti yang pertama ialah, kami pergi ke sebuah kampung untuk melihat dan mengenali budaya kehidupan di sana. Kami memasuki rumah itu dan melihat setiap bilik. Cara kehidupan mereka amat berbeza dengan cara kehidupan kami. Rumah mereka dibuat oleh kayu jeti dan atap. Ia juga didirikan oleh tiang untuk meninggikan rumah agar rumah dilindungi banjir dan juga binatang buas. Ia juga mempunyai kolong untuk menyimpan anak-anak ayam agar mudah untuk diternak. Mereka tidak mempunyai paip air dan harus mengharapkan air hujan yang akan bertakung di perigi. Malah kami pula mempunyai bekalan air yang tidak putus. Kami melihat perbezaan antara bilik lelaki dan bilik perempuan. Selepas itu kami ke perigi di luar rumah untuk mencuci kaki sambil pelajari bagaimana untuk mengambil air di dalam perigi. Setelah mencuci kaki kami memasuki rumah itu semula untuk belajar bermain permainan tradisional seperti gasing, congkak, tapak kuda dan tarik upih.







Aktiviti kedua ialah, kami dapat merasa makanan-makanan melayu seperti pisang goreng, jemput-jemput pisang dan kami semua mendapat kesempatan untuk membuat kuih dadar. Kami juga dikenali dengan pelbagai jenis daun-daun seperti pucuk ubi, ulam raja, daun pandan, daun kari, daun pisang dan daun limau.




Selepas menjamu nasi ayam untuk makan tengahari, kami memulakan akitiviti ketiga iaitu  Lukisan Batik. Kami berlatih menggunakan lilin yang telah dicairkan dan melukis menggunakan canting. Setelah kami berlatih menggunakan kertas, kami melukis di kain dan mewarnakan kain tersebut menggunakan dakwat yang berwarna-warni.




Untuk mengakhirkan acara ini, mereka memberi hadiah untuk pemenang-pemenang aktiviti dalam setiap kumpulan. Setelah pemberian hadiah, kami harus mengisi borang maklum balas sambil menunggu ketibaan van yang akan menghantar kami ke Jetty untuk menaikki bot untuk pulang.


Walaupun aktiviti ini memenatkan kami tetap berasa seronok .Aktiviti yang telah dilakukan amat berkesan bagi kami. Pada keseluruhannya, lawatan kami ke Pulau Ubin amat menyeronokkan dan amat berbaloi. Saya pelajari bahawa mengetahui lebih dalam tentang budaya melayu amat penting supaya kami dapat mengekalkan tradisi budaya ibunda kami dan, kami juga dapat menambah ilmu pengetahuan kami lebih dalam tentang kehidupan di kampung.

Renungan
Usaha pemerintah yang telah mengekalkan Pulau Ubin sebagai rizab alam semulajadi ialah amat berkesan kerana ia dapat mengajar kami dan menunjuk keadaan yang terdapat di kampung. Ini juga dapat menarik perhatian orang ramai dan juga pelancong yang akan ke Pulau itu untuk mendapat gambaran yang lebih tentang kehidupan warga Singapura pada masa dahulu atau lawatan ke Chek Jawa untuk melihat alam semula jadi.

Renungan Setiap Pelajar
Farahdee: Saya dapat merasai kehidupan di kampung dengan melakukan aktiviti-aktiviti disitu. Saya dapat pelajari lebih tentang budaya melayu. Aktiviti yang paling berkesan bagi saya adalah aktiviti lukisan batik. Saya dapat pelajari cara untuk membuat lukisan batik dan alat yang diperlukan seperti canting.

Fatin M: Lawatan ke Pulau Ubin ini telah mengajar saya lebih mendalam mengenai budaya melayu, Pengalaman seperti menceduk air dari perigi, bermain permainan tradisional telah membuat saya lebih lebih suka pada budaya melayu, Di situ juga saya diajar untuk membuat kuih dadar dan dapat merasa kuih-muih seperti pisang goreng dan jemput-jemput pisang. Lukisan batik amat menyeronokkan kerana terdapat peralatan yang unik seperti canting. Keseluruhannya, lawatan ini amat menyeronokkan,

untuk mengatahui lebih lanjut tentang Pulau Ubin, sila lawati lelaman ini;
http://www.pulauubin.com.sg/