Tuesday, 8 November 2011

Pengunjungan ke Pulau Ubin

Pada 8 hari bulan 11, kami Pelajar Melayu Menengah Tiga Ekspres akan mengunjungi Pulau Ubin. Keperluan seperti botol air, sneks, payung, topi dan wang harus dibawa. Kami harus berkumpul di sekolah pada pukul tujuh pagi kerana guru-guru harus mengambil kedatangan murid-murid. Setelah mengambil kedatangan, murid-murid dibahagikan kepada kumpulan masing-masing lalu menaiki bas untuk ke Changi Jetty Terminal.

Tiba di Jetty Terminal, kami diberi sneks untuk mengalas perut sebelum makan tengahari. Kami pun menaiki bot dengan penuh ghairah. Setiap bot mengandungi sebelas murid dan seorang guru. Perjalanan ke sana mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit.


Setibanya di Pulau Ubin, kami menunggu ketibaan van yang akan menghantar kami ke Kampung Riang Ria di mana kami akan melakukan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan. Tiba di sana kami berkumpul dan guru kami memberikan arahan tertentu sebelum kami memulakan aktiviti kami.




Aktiviti yang pertama ialah, kami pergi ke sebuah kampung untuk melihat dan mengenali budaya kehidupan di sana. Kami memasuki rumah itu dan melihat setiap bilik. Cara kehidupan mereka amat berbeza dengan cara kehidupan kami. Rumah mereka dibuat oleh kayu jeti dan atap. Ia juga didirikan oleh tiang untuk meninggikan rumah agar rumah dilindungi banjir dan juga binatang buas. Ia juga mempunyai kolong untuk menyimpan anak-anak ayam agar mudah untuk diternak. Mereka tidak mempunyai paip air dan harus mengharapkan air hujan yang akan bertakung di perigi. Malah kami pula mempunyai bekalan air yang tidak putus. Kami melihat perbezaan antara bilik lelaki dan bilik perempuan. Selepas itu kami ke perigi di luar rumah untuk mencuci kaki sambil pelajari bagaimana untuk mengambil air di dalam perigi. Setelah mencuci kaki kami memasuki rumah itu semula untuk belajar bermain permainan tradisional seperti gasing, congkak, tapak kuda dan tarik upih.







Aktiviti kedua ialah, kami dapat merasa makanan-makanan melayu seperti pisang goreng, jemput-jemput pisang dan kami semua mendapat kesempatan untuk membuat kuih dadar. Kami juga dikenali dengan pelbagai jenis daun-daun seperti pucuk ubi, ulam raja, daun pandan, daun kari, daun pisang dan daun limau.




Selepas menjamu nasi ayam untuk makan tengahari, kami memulakan akitiviti ketiga iaitu  Lukisan Batik. Kami berlatih menggunakan lilin yang telah dicairkan dan melukis menggunakan canting. Setelah kami berlatih menggunakan kertas, kami melukis di kain dan mewarnakan kain tersebut menggunakan dakwat yang berwarna-warni.




Untuk mengakhirkan acara ini, mereka memberi hadiah untuk pemenang-pemenang aktiviti dalam setiap kumpulan. Setelah pemberian hadiah, kami harus mengisi borang maklum balas sambil menunggu ketibaan van yang akan menghantar kami ke Jetty untuk menaikki bot untuk pulang.


Walaupun aktiviti ini memenatkan kami tetap berasa seronok .Aktiviti yang telah dilakukan amat berkesan bagi kami. Pada keseluruhannya, lawatan kami ke Pulau Ubin amat menyeronokkan dan amat berbaloi. Saya pelajari bahawa mengetahui lebih dalam tentang budaya melayu amat penting supaya kami dapat mengekalkan tradisi budaya ibunda kami dan, kami juga dapat menambah ilmu pengetahuan kami lebih dalam tentang kehidupan di kampung.

Renungan
Usaha pemerintah yang telah mengekalkan Pulau Ubin sebagai rizab alam semulajadi ialah amat berkesan kerana ia dapat mengajar kami dan menunjuk keadaan yang terdapat di kampung. Ini juga dapat menarik perhatian orang ramai dan juga pelancong yang akan ke Pulau itu untuk mendapat gambaran yang lebih tentang kehidupan warga Singapura pada masa dahulu atau lawatan ke Chek Jawa untuk melihat alam semula jadi.

Renungan Setiap Pelajar
Farahdee: Saya dapat merasai kehidupan di kampung dengan melakukan aktiviti-aktiviti disitu. Saya dapat pelajari lebih tentang budaya melayu. Aktiviti yang paling berkesan bagi saya adalah aktiviti lukisan batik. Saya dapat pelajari cara untuk membuat lukisan batik dan alat yang diperlukan seperti canting.

Fatin M: Lawatan ke Pulau Ubin ini telah mengajar saya lebih mendalam mengenai budaya melayu, Pengalaman seperti menceduk air dari perigi, bermain permainan tradisional telah membuat saya lebih lebih suka pada budaya melayu, Di situ juga saya diajar untuk membuat kuih dadar dan dapat merasa kuih-muih seperti pisang goreng dan jemput-jemput pisang. Lukisan batik amat menyeronokkan kerana terdapat peralatan yang unik seperti canting. Keseluruhannya, lawatan ini amat menyeronokkan,

untuk mengatahui lebih lanjut tentang Pulau Ubin, sila lawati lelaman ini;
http://www.pulauubin.com.sg/

No comments:

Post a Comment