NAMA : Nur Syazirah
KELAS : 308
KARANGAN DESKRIPTIF
TAJUK : Kamu, rakan sekolah dan beberapa guru telah pergi ke Pulau
Ubin untuk meneroka kehidupan masyarakat di sana. Gambarkan
pengalaman kamu itu dan peristiwa menarik yang berlaku semasa
lawatan tersebut.
Pada pagi 8 hari bulan 11 saya serta murid-murid melayu menengah tiga ekspres akan ke Pulau Ubin. Sebelum ke sana kami harus menyiapkan sedikit barang keperluan seperti topi, wang dan botol air. Kami semua harus berkumpul di sekolah pada pukul 7 pagi supaya guru-guru dapat mengambil kedatangan kami sebelum ke sana. Setelah mengambil kedatangan, kami semua menaikki bas ke Changi Jetty Terminal untuk naik ‘bumboat’ untuk ke Pulau ubin. Perjalanan ke sana mengambil sekurang-kurangnya 15 minit. Ada daripada kawan-kawan saya yang berasa mabuk kerana tidak biasa menaikki bot. Ada pula yang berasa ghairah dan gembira.
Tiba di sahaja di Pulau Ubin kami harus menunggu van yang akan menghantar kami ke Kampung Riang Ria, di mana kami akan membuat semua aktiviti-aktiviti kami. Kami tiba di Kampung Riang Ria setengah jam kemudian. Kami semua disuruh untuk berkumpul di rumah Tuan Rumah dan diberikan arahan yang tertentu sebelum memulakan aktiviti kami. Selepas itu kami semua dibahagikan pada tiga kumpulan dan semuanya memulakan dengan aktiviti yang berlainan.
Kami semua harus melakukan tiga aktiviti dan aktiviti yang pertama yang dilakukan kumpulan saya adalah, kami pergi ke sebuah rumah kampung untuk melihat dan mempelajari budaya kehidupan disana. Kehidupan dan budaya disana amat berlainan dari kehidupan kami yang moden di Singapura. Contohnya, apabila mereka hendak mandi, mereka harus menceduk air daripada perigi. Kami juga pelajari bermain permainan tradisional seperti gasing, congkak, tarik upih dan tapak kuda.
Aktiviti kedua pula, kami dapat merasa makanan-makanan tradisional seperti pisang goreng, jemput-jemput pisang dan kuih dadar. Kami semua telah diajar oleh Kak Su untuk membuat Kuih Dadar. Kuih ini amat senang untuk dibuat dan ia rasa amat sedap.
Aktiviti terakhir sekali adalah lukisan batik. Kami semua telah diajar oleh Cik Juraimi sebelum memulakannya. Kami berlatih menggunakan lilin yang telah dicairkan dan menulis menggunakan canting. Setelah berlatih menggunakan kertas, kami melukis di kain dan mewarnakan kain tersebut menggunakan dakwat yang berwarna-warni. Bermacam-macam corak dan bentuk yang telah dilukis.
Dalam kesemua aktiviti saya rasa saya paling gemari dengan aktiviti yang kedua, yang itu kami dapat merasa makanan-makanan tradisional dan cuba membuat kuih dadar. Ia adalah kali pertama saya membuat kuih dadar dan ia tidak kelihatan seperti apa yang dijangka kerana ia kelihatan hangus. Tetapi apabila dirasa oleh Kak Su, dia katakan bahawa walaupun kuih dadar saya kelihatan tidak cantik tetapi ia rasa amat sedap.
Lawatan ke Pulau Ubin telah mengajar saya lebih banyak tentang budaya melayu walaupun ia amat memenatkan. Saya pelajari bahawa mengetahui lebih tentang budaya melayu amat penting, supaya kami dapat mengekalkan tradisi budaya ibunda kami. Kami juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan kami lebih dalam tentang kehidupan di kampung dan permainan yang dimainkan oleh mereka. Lawatan ke sana amat berbaloi sekali dan ia membuat saya berasa untuk pergi ke sana sekali lagi.
No comments:
Post a Comment