NAMA : Fatin Munira
KELAS : 307
KARANGAN DESKRIPTIF
TAJUK : Kamu, rakan sekolah dan beberapa guru telah pergi ke Pulau Ubin untuk meneroka kehidupan masyarakat di sana . Gambarkan pengalaman kamu itu dan peristiwa menarik yang berlaku semasa lawatan tersebut.
Panas terik pada hari itu amat memenatkan. Walau bagaimanpun, itu tidak sedikit pun menjejas aktiviti-aktiviti yang telah diracang oleh guru-guru kami. Manik-manik putih mengalir diseluruh tubuhku tetapi aku tetap berasa amat ghairah untuk melakukan akitiviti-aktiviti yang seterusnya.
Sebelum melakukan aktiviti yang kedua, kami diberi nasi ayam untuk makan tengahari. Aku dan rakan-rakanku menjemu selera di bawah pokok yang tidak jauh dengan sebuah hutan. Hutan itu kelihatan amat menyeramkan dan guru juga telah memberi amaran bahawa kami tidak dibenarkan untuk ke hutan bersendirian tanpa guru ataupun fasilitator yang terdapat di sana .
Rakan sekumpulanku Nisa, mengatakan bahawa dia ingin pergi melihat keadaan yang terdapat di dalam hutan tersebut. Sudah penat kami menasihatinya bahawa ia amat berbahaya tanpa pengetahuan guru. Akhirnya, kami pergi juga memasuki hutan tersebut dan menjelajahi dengan penuh kejakunan.
Tiba-tiba, kami ternampak seekor anak babi hutan yang sedang merayap-rayap di daerah sebuah pokok. Kami menghampiri anak babi itu lalu berasa amat ghairah dah seronok. Aku dan Nisa mengambil gambar nya dan kami mengejar-ngejarnya. Anak babi itu amat comel.
Kami menoleh ke arah depan dan ternampak seekor babi hutan yang amat besar. Kemungkinan, itu ialah ibu babi hutan tersebut. Jantungku terhenti seketika. Aku mula panik dan manik-manik putih mula mengalir di seluruh tubuhku. Kedengaran suara terpekik-terlolong meminta bantuan. Kami berlari lintang pukang sementara babi hutan itu mula menghampiri kami.
Kami ternampak guru kami yang berada di daerah hutan tersebut sambil memanggil nama-nama kami. Aku memekik dengan sekuat-kuat hati untuk menandakan bahawa kami berada di dalam hutan ini. Aku melari dengan pantas dan ternampak cikgu Rina. Dengan pantas, aku memeluknya dan mula menangis. Aku berasa amat takut sekali. Mukaku pucat lesi seperti mayat dan aku meggeletar. Nisa juga menangis dan dipujuk oleh cikgu Aminah.
Kejadian itu menyedarkanku bahawa aku harus mendengar arahan yang diberi dan jangan sesekali pergi ke tempat yang kami tidak kenali kerana apa sahaja boleh berlaku dan ia amat berbahaya jika tiada sesiapa ayang bole membantu kami jika kami ditimpa kemalangan .
No comments:
Post a Comment